Mana baik : Kuantitatif atau kualitatif

Bila tiba sahaja perbahasan antara metod mana yang terbaik, maka masing-masing mengaku bahawa metod kuantitatif lah terbaik. Dan ada pula mengatakan bahawa metod kualitatif yang terbaik. Soalnya sekarang adakah individu itu faham apa makna kuantitatif dan apa pula makna kualitatif ? Kuatitatif biasanya melibatkan angka yang numerik. Metod ini mempersembahkan data yang boleh dibilang, dicampur, ditolak, dibahagi dan didarab. Mempunyai ukuran yang boleh dinyatakan secara jelas seperti 7 cm ke, 30 km ke, 50% ke dan yang melambangkan bahawa ianya berbentuk tahap dan mempunyai kaitan yang jelas dengan statistik. Ibarat bila ditanya apa gambaran anda tentang seorang perempuan yang cantik? Orang kuantitatif menjawab perempuan yang cantik mempunyai ukuran muka 9 cm, mata 2cm, mulut 3 cm, pinggang katakan 50 cm. Jadi, angkanya jelas dan nampak lebih statik. Tetapi bila ditanya kepada orang kualitatif, apa makna perempuan yang cantik ? Jawab puak kualitatif, rambutnya ibarat ikal mayang, matanya ibarat puteri saadong, kulitnya putih ibarat salju, senyumnya pula ibarat siti zulaikha. Aduh, jiwang betul orang kualitatif ni. Begitulah kualitatif yang mementingkan makna sesuatu identiti yang dikaji. Orang yang melaksanakan kualitatif biasanya bertindak memahami data sedalamnya. Orang kualitatif suka turun ke setting kajian sebenar untuk mengetahui sebenarnya apa yang berlaku. Itu sebab laporan orang kualitatif panjang berjela-jela ibarat novel yang mempunyai bahasa-bahasa bombastik yang unik dan baru. Soalnya mana lebih baik kuantitatif atau kualitatif?
Untuk menjawabnya, jawab dulu soalan ini:

1. Niat kita nak buat kajian bagaimana ?
2. Apa objektif kajian kita ?
3. Kita nak cari jawapan apa dalam research kita ?
4. Adakah kajian kita itu logik, masuk akal dan mengikut sumber yang sebenar?
5. Kajian yang kita buat tu boleh dianalisis atau pun tidak?

Bila dah jawab dengan baik maka boleh lah kita tentukan kajian mana yang baik. Hatta boleh kita gabung pun kajian kuantitatif dengan kajian kualitatif. MANA YANG BAIK ITU KITA YANG TENTUKAN. Asalkan kita tahu apa yang kita buat. MASALAHNYA KITA SENDIRI TIDAK TAHU APA YANG KITA BUAT. APA LAGI NAK FAHAM. JAUH SEKALI NAK PRAKTISKAN TEORITIKAL KAJIAN DALAM KONTEKS SETTING SEBENAR. Selamat menyelidik dan membuat kajian...

4 comments:

Unknown said...

at first susah jugak nak faham maksud kuantitatif and kualitatif.sepuluh kali prof explain pon,susah nak dapat.but bila baca this article,all the explainations and example terang benderang and maybe i can use some of this as my debate next week!

thanks!
~Sheera~

ones said...

tq..sudah faham..mudah dan jelas

me said...

penjelasan santai dan contoh yg mudah difahami.. hehe tq

onurquang said...

Hotel near Casino - MapYRO
Find hotel reviews, reviews and 충주 출장안마 information 과천 출장샵 for Harrah's Resort Casino in Las Vegas, NV. Save big 속초 출장샵 with MapYRO's Real-time 성남 출장샵 Reviews and 경주 출장마사지 Real User Ratings.

Post a Comment