Kesahan kajian kes

KESAHAN
Creswell dan Miller (2000) mendefinisikan kesahan sebagai ketepatan pernyataan atau penjelasan dalam mewakili situasi sebenar peserta kajian dalam situasi fenomena sosial.
1. Kesahan Dalaman
Kesahan dalaman adalah berkaitan dengan bagaimana dapatan kajian sepadan dengan realiti (Merriam 2001; Othman 2006).
i. Proses triangulasi
ii. Semakan peserta kajian
iii. Berada dalam kajian lapangan dalam tempoh yang lama
iv. Pemeriksaan rakan
v. Bias pengkaji
vi. Koloborasi pengkaji dengan peserta kajian
2. Kesahan Luaran
Kesahan luaran adalah berkaitan dengan sejauh mana dapatan kajian dapat digunakan dalam situasi lain (Merriam 2001; Othman 2006).
i. Deskripsi data yang kaya dan terperinci
ii. Ketipikalan atau modal kategori
iii. Reka bentuk pelbagai latar.
Sumber : Ahmad Jazimin (2008)
Pengkaji harus mengambil kira secara serius tentang kesahan dalam kajian kualitatif. Tanpa bukti kesahan yang mantap kajian kualitatif mungkin tidak sah. Penilai yang menilai kajian kualitatif mempunyai kecenderungan untuk menilai secara mendalam tentang proses kesahan dalaman dan luaran berlaku. Jika proses kesahan betul, maka pengkaji tidak perlu risau tentang datanya. Cuma bezanya pengkajilah instrumennya.

0 comments:

Post a Comment