NOMINAL, ORDINAL, SELA & NISBAH

Nominal
1. Data berbentuk (Kategori) - Non Parametrik
2.. Biasanya kajian ingin melihat hubungan dengan jantina atau personaliti yang bersifat dikotomus.
3. Analisis biasanya Khi Kuasa Dua.

Ordinal
1. Ukuran berdasarkan urutan, keutamaan atau rank
Contoh: Tahap kelulusan akademik, umur dan pangkat.
2. Biasa pengkaji ingin melihat hubungan dan perbezaan.
3. Tetapi masih bersifat non parametrik.
4. Analisis statistik yang digunakan adalah Spearman rho dan Mann-Whitney

Sela/ Interval
1. Mempunyai urutan atau rank serta wujud perbezaan antara jeda tetapi tiada mutlak kosong
Contoh: Skor pelajar, IQ, sikap, motivasi.
2. Bersifat parametrik
3. Analisis statistik:
a. Perbezaan Min satu pembolehubah bersandar berdasarkan satu pembolehubah tak bersandar (2 kategori) - Ujian-t atau ANOVA Satu-Hala
b. Perbezaan Min satu pembolehubah bersandar berdasarkan satu pembolehubah tak bersandar (2 kategori atau lebih) - ANOVA Satu-Hala
c. Perbezaan Min satu pembolehubah bersandar berdasarkan dua pembolehubah tak bersandar
- ANOVA Dua-Hala
d. Perbezaan Min bagi dua atau lebih pembolehubah bersandar berdasarkan dua atau lebih pembolehubah tak bersandar - MANOVAe. Korelasi antara pembolehubah - Korelasi Pearson
f. Sumbangan pembolehubah tak bersandar ke atas pembolehubah bersandar - Regrasi Berganda
g. Sesuatu pemboleh ubah tak bersandar benar-benar memberi kesan kepada sesuatu pemboleh ubah bersandar tanpa dipengaruhi pemboleh ubah luaran (extraneous variables). - ANCOVA
Nisbah/Ratio
1. Mempunyai urutan atau rank serta wujud perbezaan antara jeda dan mempunyai mutlak kosong
Contoh: Tinggi, Umur, Berat.
2. Bersifat parametrik
3. Sifat yang sama dengan skala sela
4. Alat statistik yang digunakan sama dengan skala sela

1 comments:

wan azie said...

nota awk sgt manfaat...
tq =)

Post a Comment