Reality Therapy in Groups (Role Play)

Pada 21 Februari 2009, saya telah mengendalikan aplikasi Terapi Realiti dalam bentuk kaunseling kelompok anjuran pelajar PASCA SISWAZAH dan PERKAMA. Sesi tersebut dijalankan secara main peranan. Dalam kelompok Terapi Realiti prosesnya sama dengan kaunseling kelompok yang biasa iaitu melibatkan peringkat permulaan, peringkat transisi, peringkat bekerja, peringkat pengukuhan dan peringkat penamatan. Aplikasi R-WDEP dijalankan seperti biasa. Pada role play (main peranan) tersebut saya hanya lakukan diperingkat permulaan. Lebihnya, saya menggunakan kad-kad Choice Theory dalam menjalankan kelompok tersebut untuk lebih dinamik.

0 comments:

Post a Comment