NVivo 2.0, NVivo 7.0, NVivo 8.0

Saya sedang menulis buku NVivo sekarang. Entah bila siap. Itu kelemahan yang saya dapat kesan tentang diri saya. Idea banyak tetapi bila nak menulis ambil masa. Melainkan jika saya fokus. Fokus itu hilang sebab banyak perkara penting yang perlu dilakukan pada satu hari tetapi perkara yang paling penting bukan cerita NVivo. Saya memilih untuk melakukan perkara lain kerana ia lebih penting dan segera. Ini lebihnya blog, tak dapat karang buku, bagi idea dalam blog kira oklah. Tak apalah, buat mana yang boleh buat. Azam saya, terus menulis buku NVivo semoga menjadi sumbangan dunia dan akhirat.
Baik, Nvivo ni teknikal sedikit. Memerlukan kefahaman yang mendalam tentang metod kajian dalam kualitatif. Kualitatif ni banyak metod seperti kajian kes, grounded theory, fenomenologi, etnografi, historikal dan macam-macam lagi. Perlu diingat, data dalam kualitatif tidak sama dengan kuantitatif. Kualitatif mementing makna dan nilai dalamannya. Jika seorang itu murung bukan dilihat hanya kepada tahap kemurungan sahaja malah mengetahui secara mendalam mengapa, bagaimana dan bila kemurungan berlaku. Kualitatif mementingkan data yang banyak dan mendalam. Bila data banyak dan mendalam, seseorang pengkaji akan lebih faham tentang unit analisis yang dikaji.
Masalahnya, bila data dah terlalu banyak dan mendalam, pengkaji menghadapi kesukaran untuk memilih data yang benar-benar bermakna untuk dibincangkan. Di sinilah lahirnya NVivo untuk memudahkan lagi pengkaji menganalisa tema-tema yang wujud dalam data-data yang berbentuk string (namun begitu NVivo juga berupaya menganalisis data numeric).
Dalam kualitatif sebagai contohnya kajian kes, data dikutip berdasarkan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Himpunan data berkenaan dinamakan sebagai triangulasi dan perlu dianalisis untuk melihat hubung kaitnya. NVivo berupaya melakukannya. NVivo memudahkan lagi urusan untuk mengkategorikan data-data kualitatif tersebut menjadi lebih berstruktur. Seperti juga SPSS, perisian NVivo mempunyai arahan-arahan tertentu seperti node, assay scope, matric intersection, membina model untuk memudahkan pengkaji menjawab soalan kajian yang berbentuk kajian kes.
Cuma sebelum dianalisis pengkaji harus membuat verbatim/transkripsi dalam bentuk Rich Text Format untuk membolehkan data tersebut dimasukkan dalam perisian NVivo. Bila dah masuk, faham tentang cara analisis, seronok....!!!
Sekadar makluman, tiada perbezaan yang besar antara NVivo 2.0, 7.0 dan 8.0. Samanya untuk mudahkan analisis kualitatif. Bezanya berdasarkan keupayaan dalam menganalisis data kualitatif yang berbentuk visual dan filem. NVivo 2.0 lebih bersifat tradisional dan tidak mampu untuk menganalisis data yang mempunyai gambar atau filem. Manakala NVivo 7.0 dan 8.0 mempunyai kapasiti yang cukup berbuat demikian. Cuma tidak ramai yang mahir NVivo 7.0 atau pun 8.0. Saya sendiri pun masih menggunakan NVivo 2.0. Sekarang tengah belajar NVivo 7.0 dan 8.0.
Sekadar itu sahaja untuk saat ini. Rasanya beza menulis blog berbanding dengan bersyarah pada orang lain tentang NVivo kerana mudah bercakap susah menulis.

2 comments:

Olah_Data_Semarang said...

NVivo 12 Full Version
Visit
https://dik.si/NVIVO12

Agus said...

Free Turnitin Student Account No Repository Valid Until December 31, 2023
https://dik.si/free23

Post a Comment