WDEP

Terapi pilihan atau Choice Theory membincangkan tentang bagaimana seseorang individu itu bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkah laku. Manakala Terapi Realiti adalah aplikasi teori kaunseling yang digunakan untuk menolong klien. Glasser (1965, 1990) dan Wubbolding & Brickell (1999) telah membincangkan secara panjang lebar tentang prosedur perubahan tingkahlaku dengan menggunakan sistem WDEP. WDEP merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang digunakan oleh kaunselor untuk menolong klien. Wubbolding & Brickell (1999) menyatakan W merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi). D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan). E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan akhirnya P pula merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komitmen). Dalam menggunakan Terapi Realiti berasaskan WDEP seseorang kaunselor boleh membantu klien berasaskan keperluan diri klien tersebut. Implikasi kertas kerja bengkel ini adalah terhadap amalan teori Terapi Realiti di kalangan kaunselor di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment