Praktikum : Antara Teori & Praktis

Sudah hampir dua minggu, pelajar-pelajar semester 7 telah mula berpraktikum. Saya faham sekarang ini masa untuk pelajar-pelajar membina hubungan dengan guru, menyiapkan rancangan mengajar 14 minggu, mencari klien untuk kaunseling individu dan kelompok dan bermacam-macam lagi. Secara khususnya saya telah berjumpa dengan pelajar saya untuk memberi taklimat ringkas. Pusingan pertama, saya galakkan pelajar saya emelkan kepada saya rancangan praktikum kaunseling 14 minggu. Kemudian saya galakkan pelajar berkongsi dalam blog masing-masing tentang pengalaman mingu pertama di sekolah. Saya percaya masing-masing sudah punya blog. Melalui blog menjimatkan sedikit masa saya untuk mengetahui perkembangan serba sedikit tentang sekolah. Saya mempunyai satu lagi laman blog sekiranya anda semua ingin lawati iaitu drjazimin.blogspot.com . Blog itu mungkin menarik sedikit sebab idea dalam blog itu agak gila-gila. Blog ini pula banyak menjurus kepada akademia.
InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan umumkan untuk turun menyelia di sekolah. Saya bebas untuk turun bila-bila asalkan masa saya free. Yang penting saya harapkan pelajar di bawah seliaan saya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
Di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan pandangan saya tentang teori dan praktis ketika kita mengendalikan praktikum. Banyak di UPSI kita mendengar dan bercerita tentang teori. Di medan sebenar iaitu di sekolah, kita akan berhadapan dengan realiti sebenar tentang pelbagai bentuk psikologi manusia. Baik dalam kalangan pelajar, guru, pihak pentadbiran mahu pun office boy di Pejabat. Semuanya ini tidak boleh lari daripada hubungan sesama manusia iaitu apa yang dikatakan relationship. Soalnya sejauh mana teori yang sudah lama terpendam di dalam diri dapat dipraktiskan dengan jayanya dalam konteks sebenar. Bagi saya, teori dan praktis tidak boleh dipisahkan. Tanpa teori kita tidak tahu arah. Tanpa praktis, kita boleh menjadi jumud. Penyesuaian perlu dilakukan. Teori penting dan untuk mempraktiskannya perlu mengambil kira banyak aspek. Yang paling mudah apa bila kita dapat memahami manusia berdasarkan teori maka mudahlah kita aplikasikan teori tersebut berdasarkan apa yang kita faham. Cuma berapa ramai yang tahu dan faham teori? Lebih malang lagi berapa ramai yang menggunakan teori kaunseling dalam sesi kaunseling mereka...Kita belum lagi membincangkan tentang teori kaunseling secara lebih mendalam. Atau adakah teori kaunseling sudah tidak relevan lagi untuk dipraktiskan? Atau kaunselor yang tidak mahu praktis? Atau kaunselor sebenarnya tidak tahu bagaimana nak praktiskan teori kaunseling? Jadi, apa istimewanya profesion kaunseling?

0 comments:

Post a Comment