Siapa kata?

Saya beranggapan bahawa ramai orang yang saya temui menjelaskan bahawa tugas pensyarah hanya mengajar. Bila pelajar cuti pensyarah pun boleh cuti. Siapa kata ? Setelah 8 tahun bergelumang dengan kerjaya pensyarah sangat berbeza semasa saya menjadi seorang guru 4 tahun yang lepas. Kalau sekadar mengajar, seronoklah jadi pensyarah. Rasanya jantung berdegup kencang setiap hari bila jadi pensyarah. Setiap hari ada cabaran baru. Setiap hari nak buat keputusan. Setiap hari stres melanda. Meeting, research, bengkel, seminar dan pelbagai lagi tugas pengurusan pentadbiran menyebabkan rasa masa tu macam tak ada. Kadang-kadang saya terfikir apa sebab sibuk sangat ni? Ini tak masuk masa yang diperuntukkan untuk membuat konsultasi dan perundingan dengan pelajar. Menjadi penyelaras dan penyelia latihan ilmiah sudah cukup mengajar erti pentingnya bimbingan dan penasihatan. Masa banyak diperuntukkan dengan pelajar. Ini belum bercakap tentang student master dan PhD. Setelah melihat yang tak betul ingin dibetulkan. Sakit hati melihat kesilapan teknikal terutama ejaan yang salah. Belum lagi berbicara tentang content knowledge samada menepati atau pun tidak bidang kaunseling. Semuanya perlukan penumpuan dan konsentrasi yang berfokus. Sudah tentu ada kos yang melepas. Dan setiap hari ada kos yang melepas. Ada yang saya dapat lakukan dan ada yang saya tak sempat nak lakukan walau pun dah cuba tetapi saya tidak larat kerana pilihan saya hanya setakat itu. Pokoknya di sini siapa kata pensyarah tidak ada kerja...Sekarang ni dalam profesin keguruan pun perkembangan kerjaya berlaku begitu pantas. Guru sekarang telah diperkenalkan skim guru cemerlang. Yang dapat DG 41 boleh dapat DG 44 dan tiga tahun selepas itu boleh dapat DG48 dan seterusnya sampailah Gred Khas C setaraf dengan JUSA C. Guru sekarang boleh berbangga kerana perkembangan kerjayanya telah dirintis dengan baik dari segi perjawatannya. Tetapi jika dibuat perbandingan ianya tidak menentukan dapatan yang sebenar. Mana boleh banding epal dengan limau. Tidak adil lah. Cuma boleh pilih nak limau ke nak epal? Saya rasa banyak kerja sebagai pensyarah. Cuma di akhir kesudahan cerita adalah jalan mana yang ingin saya pilih iaitu pensyarah yang sentiasa ada kerja atau saya buat tidak tahu tentang kerjaya pensyarah. Yang penting saya sudah berada di zon selesa. Cuma, siapa kata zon selesa itu zon terbaik? Dan adakah itu pilihan saya?

0 comments:

Post a Comment