Hidup perlu diteruskan

Dalam membahaskan Choice Theory, aspek basic needs tidak boleh ditinggalkan. Ramai manusia menghadapi kesulitan psikologi apabila basic needs mereka tidak dapat dipuaskan sepenuhnya. Ini menyebabkan individu tersebut akan memilih tingkah laku yang tidak efektif. Individu akan bersedih, memberontak, tidak senang hati, tension dan tidak bersemangat lagi meneruskan kehidupan. Bila situasi ini berlaku individu telah menutup peluang untuk mereka memilih tingkah laku yang efektif. Soalnya untuk memilih tingkah laku efektif ianya tidak semudah yang disangkakan. Budaya masayarakat Malaysia banyak mengajar untuk membuat satu pilihan sahaja. Budaya kita kadang-kadang mengajar kita untuk tidak bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Kita tidak berupaya membuat pilihan yang kedua sedangkan kita boleh melakukan. Menyalahkan budaya pun tidak menyelesaikan masalah. Saya berpandangan ianya terpulang kepada diri kita. Adapakah pilihan kita, sudah tiada esok bagi mu atau hidup ini perlu diteruskan.

0 comments:

Post a Comment