Prinsip-prinsip tersebut sebagaimana berikut;

i) Realiti Terapi adalah sangat beretika dan mempunyai amalan berkesan dalam seting pelbagai budaya apabila prinsip dan prosedurnya dapat disesuaikan dengan klien.

ii) Berasaskan penyesuaian terhadap kehendak individu, Terapi Realiti bukanlah merupakan teori yang rigid dan tertutup untuk diaplikasikan kepada setiap kumpulan budaya malah ianya merupakan teori yang terbuka dan fleksibel untuk diaplikasikan.

iii) Kemahiran yang diterapkan adalah berasaskan konsep dan prosedur dalam Terapi Realiti. Ia memerlukan kefahaman yang jelas bagaimana mengaplikasi konsep dan prosedur tersebut ke atas budaya klien dan falsafah hidupnya.

iv) Kaunselor hendaklah membuat semakan terhadap sikap, pengetahuan dan kemahiran dengan mengambil kira sejauh mana budaya lain memberi kesan terhadap tingkah laku individu.
Sumber : Ahmad Jazimin (2008)

0 comments:

Post a Comment