BLOG DRJAZIMIN.COM KEMBALI
Blog drjazimin.com sudah dipulihkan dan ditambaik oleh sifutaj (www.sifutaj.qulhaq.com). Selamat bersua kembali...
Wassallam.
International Journal Of Reality Therapy
Author
Title
Ahmad Jazimin JusohZuria MahmudNoriah Mohd Ishak
The Patterns of Reality Therapy Usage Among Malaysian Counselors
Juan Pablo Aljure Leon
Systems Thinking: The Key for the Creation of Truly Desired Futures
Adrian SchooMadeline Schoo
Internal Control Psychology in Chronic Disease Management: Using Choice Theory and Counseling
Christopher D. Brown
Continuum of Healthy Communication
Adrian Schoo
Counseling: Working with Different Personalities and Behaviors to Improve and Maintain Mental and Physical Well-Being
M. Ann ShillingfordOliver W. Edwards
Application of Choice Theory with a Student Whose Parent is Incarcerated: A Qualitative Case Study
Josephine
Machination, Medication and Mutilation
Thomas E. Bratter
Waging War with a Gifted, Manipulative and Self-Mutilating Adolescent: Some Critical Thoughts
Patrick M. Hillis
Choice Theory, Metacognition and a Life Experience: Self-Intergiry Following Change
Joasn Hoogstad
Choice Theory and Emotional Dependency
Neresa B. MinatreaMartin C. Wesley
Reality Therapy Goes to the Dogs
Tierney Holmes
Using Reality Therapy to Influence Health Behaviors: Childhood Obesity
drjazimin.com menghadapi masalah
SIFIR MENGANALISIS KAJIAN EKSPERIMEN
2. Pra-post kumpulan rawatan (paired sample)
3. Pra-post kumpulan kawalan (paired sample)
4. Post kumpulan kawalan vs kumpulan rawatan (independent sample t-test)
Apa yang biasa penilai tanya dalam menilai penyelidikan?
Kesahan kajian kes
Creswell dan Miller (2000) mendefinisikan kesahan sebagai ketepatan pernyataan atau penjelasan dalam mewakili situasi sebenar peserta kajian dalam situasi fenomena sosial.
Kesahan dalaman adalah berkaitan dengan bagaimana dapatan kajian sepadan dengan realiti (Merriam 2001; Othman 2006).
i. Proses triangulasi
ii. Semakan peserta kajian
iii. Berada dalam kajian lapangan dalam tempoh yang lama
iv. Pemeriksaan rakan
v. Bias pengkaji
vi. Koloborasi pengkaji dengan peserta kajian
Kesahan luaran adalah berkaitan dengan sejauh mana dapatan kajian dapat digunakan dalam situasi lain (Merriam 2001; Othman 2006).
i. Deskripsi data yang kaya dan terperinci
ii. Ketipikalan atau modal kategori
iii. Reka bentuk pelbagai latar.
Sumber : Ahmad Jazimin (2008)
NVivo 2.0, NVivo 7.0, NVivo 8.0
Baik, Nvivo ni teknikal sedikit. Memerlukan kefahaman yang mendalam tentang metod kajian dalam kualitatif. Kualitatif ni banyak metod seperti kajian kes, grounded theory, fenomenologi, etnografi, historikal dan macam-macam lagi. Perlu diingat, data dalam kualitatif tidak sama dengan kuantitatif. Kualitatif mementing makna dan nilai dalamannya. Jika seorang itu murung bukan dilihat hanya kepada tahap kemurungan sahaja malah mengetahui secara mendalam mengapa, bagaimana dan bila kemurungan berlaku. Kualitatif mementingkan data yang banyak dan mendalam. Bila data banyak dan mendalam, seseorang pengkaji akan lebih faham tentang unit analisis yang dikaji.
Masalahnya, bila data dah terlalu banyak dan mendalam, pengkaji menghadapi kesukaran untuk memilih data yang benar-benar bermakna untuk dibincangkan. Di sinilah lahirnya NVivo untuk memudahkan lagi pengkaji menganalisa tema-tema yang wujud dalam data-data yang berbentuk string (namun begitu NVivo juga berupaya menganalisis data numeric).
Dalam kualitatif sebagai contohnya kajian kes, data dikutip berdasarkan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Himpunan data berkenaan dinamakan sebagai triangulasi dan perlu dianalisis untuk melihat hubung kaitnya. NVivo berupaya melakukannya. NVivo memudahkan lagi urusan untuk mengkategorikan data-data kualitatif tersebut menjadi lebih berstruktur. Seperti juga SPSS, perisian NVivo mempunyai arahan-arahan tertentu seperti node, assay scope, matric intersection, membina model untuk memudahkan pengkaji menjawab soalan kajian yang berbentuk kajian kes.
Cuma sebelum dianalisis pengkaji harus membuat verbatim/transkripsi dalam bentuk Rich Text Format untuk membolehkan data tersebut dimasukkan dalam perisian NVivo. Bila dah masuk, faham tentang cara analisis, seronok....!!!
Sekadar makluman, tiada perbezaan yang besar antara NVivo 2.0, 7.0 dan 8.0. Samanya untuk mudahkan analisis kualitatif. Bezanya berdasarkan keupayaan dalam menganalisis data kualitatif yang berbentuk visual dan filem. NVivo 2.0 lebih bersifat tradisional dan tidak mampu untuk menganalisis data yang mempunyai gambar atau filem. Manakala NVivo 7.0 dan 8.0 mempunyai kapasiti yang cukup berbuat demikian. Cuma tidak ramai yang mahir NVivo 7.0 atau pun 8.0. Saya sendiri pun masih menggunakan NVivo 2.0. Sekarang tengah belajar NVivo 7.0 dan 8.0.
Sekadar itu sahaja untuk saat ini. Rasanya beza menulis blog berbanding dengan bersyarah pada orang lain tentang NVivo kerana mudah bercakap susah menulis.
Manual of SPSS
1. Masukkan dulu pembolehubah atau item soal selidik dalam variebel view
2. Buka data view dan isi value yang telah ditetapkan
3. Recode item-item yang telah dikenal pasti mempunyai item negatif ataupun positif.
4. Buat compute berdasarkan sub konstruk dalam konstruk yang dikaji
5. Mula analisis ikut objektif kajian ataupun soalan kajian.
6. Analisis dekriptif menggunakan alat statistik kekerapan, min, med, percent, sum - biasa ukur tahap, jumlah atau kekerapan dan cross tab.
7. Analisis inferensi terbahagi kepada dua iaitu bersifat parametrik dan non parametrik
8. Parametrik merujuk kepada data yang berterusan. Parametrik ditentukan oleh data sela (interval)
9. Data parametrik biasanya dianalisis dengan menggunakan explore untuk melihat tahap kenormalannya. Ia dinamakan sebagai proses normaliti data.
10. Analisis normaliti dijalankan dan jika normal, data dia analisis berdasarkan soalan kajian sama ada ingin menggunakan ujian t (kenal pasti perbezaan independent variable), ANOVA (perbezaan sehala atau dua hala independent variabel), MANOVA (perbezaan dependent variable), korelasi (pearson correlation) atau pun regression.
11. Data non parametrik terdiri daripada data kategori dan boleh dijustifikasikan juga data yang tidak normal. Analisis yang sering digunakan adalah chi squre, Mann Whitney U (sama dengan ujiat t), Kruskal Wallis (sama dengan Anova) dan korelasi (spearman correlation).
12. Lepas data di analisis lihat kepada nilai probabiliti (p). Dalam Sains Sosial biasa kita guna 0.05.
13. Jika P<0.05>0.05 maka dapatan itu tidak signifikan.
14. Kemudian buat laporan berdasarkan data yang ditafsirkan (itu kena rujuk guru atau buku analisis data atau pun penyelia. Jika tersilap tafsir, kena buat balik jawabnya.)
15. Setelah data di tafsir barulah dapatan kajian tersebut dapat dilaporkan dengan sebaik mungkin.
Maka siaplah satu bab......
CTRT
KISAH QUALITY WORLD SEORANG IBU DAN ANAK
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu. Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
i) Realiti Terapi adalah sangat beretika dan mempunyai amalan berkesan dalam seting pelbagai budaya apabila prinsip dan prosedurnya dapat disesuaikan dengan klien.
ii) Berasaskan penyesuaian terhadap kehendak individu, Terapi Realiti bukanlah merupakan teori yang rigid dan tertutup untuk diaplikasikan kepada setiap kumpulan budaya malah ianya merupakan teori yang terbuka dan fleksibel untuk diaplikasikan.
iii) Kemahiran yang diterapkan adalah berasaskan konsep dan prosedur dalam Terapi Realiti. Ia memerlukan kefahaman yang jelas bagaimana mengaplikasi konsep dan prosedur tersebut ke atas budaya klien dan falsafah hidupnya.
iv) Kaunselor hendaklah membuat semakan terhadap sikap, pengetahuan dan kemahiran dengan mengambil kira sejauh mana budaya lain memberi kesan terhadap tingkah laku individu.
Reality Therapy in Groups (Role Play)
Kajian kes adalah salah satu daripada bentuk penyelidikan kaunseling yang terawal. Kebanyakan daripada penulisan William Glasser mengandungi banyak kes mengenai klien (Wubbolding 2000). Kajian kes sesuai menyiasat sesuatu fenomena dalam konteks sebenar dengan penggunaan pelbagai cara untuk memperoleh data (Yin 2003). Kaedah ini sesuai untuk menghuraikan satu atau lebih gabungan proses, hubungan, latar, sistem dan orang yang terlibat dalam kajian (Glensne & Peshkin 1992). Kajian kes meneliti bagaimana maklumat di kumpul mengenai sesuatu unit, individu, keluarga atau kumpulan yang berubah mengikut masa (Yin 2003; Bogdan & Biklen 2003). Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif bukan sahaja membolehkan pengkaji bertemu dengan peserta kajian, bahkan pengkaji dapat berinteraksi dengan peserta kajian dan boleh membuat pemerhatian dengan rasa empati memandangkan pengkaji menjadi alat kajian utama (Lincon & Guba 1985; Yin 2003).
Sumber : Ahmad Jazimin (2008)
NOMINAL, ORDINAL, SELA & NISBAH
1. Data berbentuk (Kategori) - Non Parametrik
2.. Biasanya kajian ingin melihat hubungan dengan jantina atau personaliti yang bersifat dikotomus.
3. Analisis biasanya Khi Kuasa Dua.
Ordinal
1. Ukuran berdasarkan urutan, keutamaan atau rank
Contoh: Tahap kelulusan akademik, umur dan pangkat.
2. Biasa pengkaji ingin melihat hubungan dan perbezaan.
3. Tetapi masih bersifat non parametrik.
4. Analisis statistik yang digunakan adalah Spearman rho dan Mann-Whitney
Sela/ Interval
1. Mempunyai urutan atau rank serta wujud perbezaan antara jeda tetapi tiada mutlak kosong
Contoh: Skor pelajar, IQ, sikap, motivasi.
2. Bersifat parametrik
3. Analisis statistik:
a. Perbezaan Min satu pembolehubah bersandar berdasarkan satu pembolehubah tak bersandar (2 kategori) - Ujian-t atau ANOVA Satu-Hala
b. Perbezaan Min satu pembolehubah bersandar berdasarkan satu pembolehubah tak bersandar (2 kategori atau lebih) - ANOVA Satu-Hala
c. Perbezaan Min satu pembolehubah bersandar berdasarkan dua pembolehubah tak bersandar
d. Perbezaan Min bagi dua atau lebih pembolehubah bersandar berdasarkan dua atau lebih pembolehubah tak bersandar - MANOVAe. Korelasi antara pembolehubah - Korelasi Pearson
f. Sumbangan pembolehubah tak bersandar ke atas pembolehubah bersandar - Regrasi Berganda
g. Sesuatu pemboleh ubah tak bersandar benar-benar memberi kesan kepada sesuatu pemboleh ubah bersandar tanpa dipengaruhi pemboleh ubah luaran (extraneous variables). - ANCOVA
1. Mempunyai urutan atau rank serta wujud perbezaan antara jeda dan mempunyai mutlak kosong
Contoh: Tinggi, Umur, Berat.
2. Bersifat parametrik
3. Sifat yang sama dengan skala sela
4. Alat statistik yang digunakan sama dengan skala sela
Zaman berubah : KOMITMEN berubah ke ?
Walaupun di atas bumi Cameron, tetapi fikiran saya melayang kepada pelajar-pelajar tahun akhir saya yang sedang membentangkan latihan ilmiah di UPSI. Saya rasa tidak sabar-sabar untuk pulang melihat bagaimana proses pembentangan pelajar dijalankan. Boleh dikatakan saya sentiasa sms Tarmizi, pelajar saya lantik sebagai AJK untuk mengetahui perkembangan. Syukur Alhamdulillah komitmen pensyarah sangat menggembirakan saya. Namun malang bagi saya adalah KOMITMEN PELAJAR terutama hari Sabtu yang merupakan kemuncak pembentangan latihan ilmiah kerana sepatutnya melibatkan penyertaan yang ramai .
Dengan bersemangat, saya bergegas turun dari Cameron kerana seronok untuk menyelia dan menilai pelajar pada hari Jumaat malam lagi. Saya sanggup bersengkang mata mendengar pembentangan pelajar dengan niat membetulkan mana yang salah dan menyokong mana yang betul. Malam tersebut komitmen pelajar untuk hadir masih baik, hanya 5 orang yang tidak hadir.
Apa yang menyedihkan saya adalah pada pagi Sabtu. Saya rasa tidak sampai 40 orang hadir daripada 140 orang. Saya terfikir, adakah pelajar pentingkan diri sendiri? Hanya nak bentang yang dia punya kemudian cabut dan tidak memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang lain. Saya sudah taklimatkan kehadiran adalah wajib kerana ia melibatkan penilaian dalam latihan ilmiah dua minggu sebelumnya. Jika bukan untuk diri pun atau pun sebagai pembentang adakah tidak boleh dijadikan sebagai tanda hormat kepada guru yang mengajar dan membimbing?
Saya rasa saya masih memberikan komitmen yang tinggi kepada guru-guru saya walaupun saya telah bergelar pensyarah kerana saya percaya kepada keberkatan ilmu. Melainkan jika saya mempunyai komitmen yang lebih utama maka saya akan menjelaskan kepada guru saya mengapa saya tidak boleh hadir. InsyaAllah jika saya tidak mempunyai masalah lain saya akan hadir tepat pada masa dan memberikan komitmen yang sepenuhnya. Melainkan jika saya saya tidak mahu, maka saya akan menarik diri lebih awal lagi. Sejarah saya semasa sekolah, sebelum pengawal keselamatan membuka pagar sekolah saya telah terpacak di depan sekolah. Kadang-kadang adik saya yang lambat datang sekolah pun saya marah. Sejarah saya, saya orang paling awal dan sering bertukar ganti dengan pengetua sekolah semasa saya menjadi kaunselor di salah sebuah sekolah dahulu. Dan sekarang, tabiat tersebut masih lagi saya bawa ketika bertugas di UPSI. Boleh semak punch card saya pukul berapa saya datang UPSI.
Saya memang berkecil hati dengan komitmen pelajar pada hari Sabtu tersebut. Mereka yang telah meminta kebenaran saya kerana mempunyai kecemasan keluarga saya tidak kisah sangat. Saya sangat faham bahawa jika benar ada kecemasan saya akan memudahkan orang berada dalam kesusahan. Malah saya membenarkan hampir 5 orang pelajar balik disebabkan hal kecemasan. Bagi pelajar berbangsa Cina saya benarkan mereka balik hari Khamis petang lagi selepas mereka membuat pembentangan. Saya faham itu hari raya mereka dan hak mereka untuk balik.
Yang hairannya, kenapa hanya tinggal hampir 40 orang sahaja hari Sabtu ? Nak kata terlibat dengan raya Cina, majoritinya orang Melayu. Nak kata susah tiket bas hari Ahad pun boleh ambil lagi. Yang saya rasa ralat sangat, saya sudah taklimatkan tentang pembentangan latihan ilmiah pada tarikh 22-24 Januari. Tiada seorang pun membantah tentang tarikh tersebut. Saat beginilah saya terbayang saya menjadi HITLER semasa saya belajar di SBP dahulu. Sebagai pemimpin pelajar pada waktu itu, apa sahaja cara perlu dilakukan untuk mencapai matlamat. Bayangkan pada waktu itu saya boleh rotan pelajar walaupun saya pelajar. Semua ahli blok macam takut dengan saya. Kekuatan saya pada waktu itu kerana saya mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pelajar yang sama "badge" dengan saya dan juga warden. Warden pun dah faham perangai saya. Semua mesti perfectionist bagi saya. Di waktu itu untuk mencapai matlamat, ihsan tidak dipedulikan lagi. Yang penting matlamat tercapai dan bukan prosesnya. Mungkin juga itu cara yang terbaik kot.
Sekarang saya ligat berfikir. Mungkin zaman dah berubah kot? Lagenda Jazimin tidak boleh dikembalikan lagi. Dulu tak sama dengan sekarang ke ? Tapi saya ada jawapannya walaupun zaman berubah, adakah psikologi juga berubah? Ada beza ke air mata orang zaman dulu dengan sekarang? Ada beza ke komitmen orang dulu dengan sekarang ? Atau ada beza ke orang ambil mudah sesuatu perkara dulu dan sekarang ? Ada beza ke hormat orang dulu atau sekarang ?
Berfikir pun tidak menyelesaikan masalah. Saya rancang untuk berbuat sesuatu. Dan setakat ini, InsyaAllah Jazimin jarang gagal dalam perancangannya...Saya akan buat sesuatu...Semoga Allah memudahkan demi kebaikan bersama...sebab saya juga nak belajar apa makna KOMITMEN.
Mana baik : Kuantitatif atau kualitatif
1. Niat kita nak buat kajian bagaimana ?
2. Apa objektif kajian kita ?
3. Kita nak cari jawapan apa dalam research kita ?
4. Adakah kajian kita itu logik, masuk akal dan mengikut sumber yang sebenar?
5. Kajian yang kita buat tu boleh dianalisis atau pun tidak?
Bila dah jawab dengan baik maka boleh lah kita tentukan kajian mana yang baik. Hatta boleh kita gabung pun kajian kuantitatif dengan kajian kualitatif. MANA YANG BAIK ITU KITA YANG TENTUKAN. Asalkan kita tahu apa yang kita buat. MASALAHNYA KITA SENDIRI TIDAK TAHU APA YANG KITA BUAT. APA LAGI NAK FAHAM. JAUH SEKALI NAK PRAKTISKAN TEORITIKAL KAJIAN DALAM KONTEKS SETTING SEBENAR. Selamat menyelidik dan membuat kajian...
Praktikum : Antara Teori & Praktis
InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan umumkan untuk turun menyelia di sekolah. Saya bebas untuk turun bila-bila asalkan masa saya free. Yang penting saya harapkan pelajar di bawah seliaan saya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
Di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan pandangan saya tentang teori dan praktis ketika kita mengendalikan praktikum. Banyak di UPSI kita mendengar dan bercerita tentang teori. Di medan sebenar iaitu di sekolah, kita akan berhadapan dengan realiti sebenar tentang pelbagai bentuk psikologi manusia. Baik dalam kalangan pelajar, guru, pihak pentadbiran mahu pun office boy di Pejabat. Semuanya ini tidak boleh lari daripada hubungan sesama manusia iaitu apa yang dikatakan relationship. Soalnya sejauh mana teori yang sudah lama terpendam di dalam diri dapat dipraktiskan dengan jayanya dalam konteks sebenar. Bagi saya, teori dan praktis tidak boleh dipisahkan. Tanpa teori kita tidak tahu arah. Tanpa praktis, kita boleh menjadi jumud. Penyesuaian perlu dilakukan. Teori penting dan untuk mempraktiskannya perlu mengambil kira banyak aspek. Yang paling mudah apa bila kita dapat memahami manusia berdasarkan teori maka mudahlah kita aplikasikan teori tersebut berdasarkan apa yang kita faham. Cuma berapa ramai yang tahu dan faham teori? Lebih malang lagi berapa ramai yang menggunakan teori kaunseling dalam sesi kaunseling mereka...Kita belum lagi membincangkan tentang teori kaunseling secara lebih mendalam. Atau adakah teori kaunseling sudah tidak relevan lagi untuk dipraktiskan? Atau kaunselor yang tidak mahu praktis? Atau kaunselor sebenarnya tidak tahu bagaimana nak praktiskan teori kaunseling? Jadi, apa istimewanya profesion kaunseling?
Latihan Ilmiah
Semoga semester ini pelajar-pelajar di bawah seliaan saya dapat menjalankan latihan ilmiah dengan jayanya.
Bersama dengan ini di senaraikan tajuk yang telah selesai saya melakukan penyeliaan dan sedang menjalankan penyeliaan.
Semoga semester ini lebih baik daripada semester lepas...
Kesedaran Kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Kota Bharu
Memahami pelajar ponteng sekolah berdasarkan kepada perspektif Choice Theory (Teori Pilihan)
Kemurungan dalam kalangan pelajar anak Yatim di Selangor
Memahami stres dalam kalangan kaunselor di sekolah menengah di Perak
Memahami pengurusan kaunseling dalam kalangan kaunselor di sekolah menengah di Kelantan
Kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar di sekolah menengah
Konsep kendiri dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Perak
Memahami pelajar ponteng sekolah daripada perspektif Tingkah Laku
Tahap tekanan pelajar yang mempunyai akademik cemerlang di sekolah menengah di Perak
Memahami pelajar merokok daripada perspektif Tingkah Laku
Memahami stres pelajar rendah akademik di Perak
Kebolehpercayaan Soal Selidik Konsep Kendiri Kolektif dalam kalangan pelajar di sebuah Kolej Swasta
LATIHAN ILMIAH DALAM PROGRES
Kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kedah
Memahami tingkah laku penglabelan berdasarkan perspektif Choice Theory (Teori Pilihan)
Memahami visi dan misi PERKAMA daripada perspektif tokoh kaunseling
Memahami tingkah laku pelajar bermasalah daripada perspektif Choice Theory (Teori Pilihan)
Kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Memahami sejarah perkembangan PErsatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)
Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik Self Compassion (Belas Kasihan) dalam kalangan pelajar di Kolej Swasta
Memahami masalah pelajar pendidikan khas daripada perspektif Choice Theory (Teori Pilihan)
Kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap persepsi keluarga, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa bercerai.
Memahami tingkah laku bermasalah disiplin berdasarkan perspektif Choice Theory
Berada di celah-celah pemikiran global
Ahmad Jazimin JusohZuria MahmudNoriah Mohd Ishak
The Patterns of Reality Therapy Usage Among Malaysian Counselors
Juan Pablo Aljure Leon
Systems Thinking: The Key for the Creation of Truly Desired Futures
Adrian SchooMadeline Schoo
Internal Control Psychology in Chronic Disease Management: Using Choice Theory and Counseling
Christopher D. Brown
Continuum of Healthy Communication
Adrian Schoo
Counseling: Working with Different Personalities and Behaviors to Improve and Maintain Mental and Physical Well-Being
M. Ann ShillingfordOliver W. Edwards
Application of Choice Theory with a Student Whose Parent is Incarcerated: A Qualitative Case Study
Josephine
Machination, Medication and Mutilation
Thomas E. Bratter
Waging War with a Gifted, Manipulative and Self-Mutilating Adolescent: Some Critical Thoughts
Patrick M. Hillis
Choice Theory, Metacognition and a Life Experience: Self-Intergiry Following Change
Joasn Hoogstad
Choice Theory and Emotional Dependency
Neresa B. MinatreaMartin C. Wesley
Reality Therapy Goes to the Dogs
Tierney Holmes
Using Reality Therapy to Influence Health Behaviors: Childhood Obesity
International Journal Of Reality Therapy
Author
Title
Ahmad Jazimin JusohZuria MahmudNoriah Mohd Ishak
The Patterns of Reality Therapy Usage Among Malaysian Counselors
Juan Pablo Aljure Leon
Systems Thinking: The Key for the Creation of Truly Desired Futures
Adrian SchooMadeline Schoo
Internal Control Psychology in Chronic Disease Management: Using Choice Theory and Counseling
Christopher D. Brown
Continuum of Healthy Communication
Adrian Schoo
Counseling: Working with Different Personalities and Behaviors to Improve and Maintain Mental and Physical Well-Being
M. Ann ShillingfordOliver W. Edwards
Application of Choice Theory with a Student Whose Parent is Incarcerated: A Qualitative Case Study
Josephine
Machination, Medication and Mutilation
Thomas E. Bratter
Waging War with a Gifted, Manipulative and Self-Mutilating Adolescent: Some Critical Thoughts
Patrick M. Hillis
Choice Theory, Metacognition and a Life Experience: Self-Intergiry Following Change
Joasn Hoogstad
Choice Theory and Emotional Dependency
Neresa B. MinatreaMartin C. Wesley
Reality Therapy Goes to the Dogs
Tierney Holmes
Using Reality Therapy to Influence Health Behaviors: Childhood Obesity
Mengapa individu bermasalah : Perspektif CTRT
MENDALAMI ILMU
Ibarat seorang yang mengaji alif, baa, taa. Saya ingat mertua saya kata apa makna alif, baa, taa? Apa makna dalam Al-Fatihah. Ertinya setiap ilmu yang dipelajari mempunyai makna yang tersirat. Bukan mudah ingin mendalami ilmu yang dipelajari. Ia memerlukan kecintaan, kesungguhan dan pengorbanan. Ia memerlukan seseorang yang memilih yang telah sedia menanggung risiko yang dia pilih. Banyak masa dan tenaga yang saya curahkan untuk mendalami CTRT. Setelah mendapat certified dalam bidang CTRT saya kira hampir RM 7000 juga yang dibelanjakan. Saya rasa puas dan syukur ke hadrat Allah kerana sekurang-kurangnya satu tahu lebih mendalam sedikit tentang CTRT berbanding saya hanya mendengar di bilik kuliah. Benarlah kata orang untuk mendapat ilmu yang mendalam kita mesti berguru dengan guru yang ahli tentang bidang tersebut. Paling tidak biar pun kita ini biasa, namun kita sudah beza atara biasa dan mendalam sesuatu ilmu.