Diri dan psikologi


Setiap individu tidak boleh lari daripada berbicara dengan psikologinya. Insan tersangat unik. Psikologi juga berbeza-beza antara satu sama lain. Tidak hairanlah ilmu psikologi menjadi satu disiplin ilmu yang kukuh. Pelbagai mazhab dan pandangan tentang sifat psikologi manusia telah dibincangkan dan dijadikan tesis mengapa manusia bermasalah? Sampai sekarang idea Freud, Rogers, Ellis, Glasser, Berne, Perls, Adler, Bandura, Pavlov, Skinner, Lazarus dan beratus-ratus tokoh lagi muncul untuk membincang psikologi manusia. Tidak terkecuali juga apa sahaja berlaku saat sini dan kini, hal ehwal psikologi tetap wujud. Tugas yang berminat dengan psikologi akan berfikir mengapa tingkah laku itu wujud dalam kalangan manusia. Isu terkini Datuk Susilawati, Pemasyuhuran Tengku Mahkota Kelantan, Chelsea menang lagi, jangkaan pertandingan Timbalan Presiden dalam PKR, tayangan wayang Senario Asam Garam dan seribu satu macam cerita ada kaitan dengan psikologi. Ini kerana kandungan psikologi adalah pemikiran, perasaan dan tingkah laku manusia.

0 comments:

Post a Comment