Setiap individu tidak boleh lari daripada berbicara dengan psikologinya. Insan tersangat unik. Psikologi juga berbeza-beza antara satu sama lain. Tidak hairanlah ilmu psikologi menjadi satu disiplin ilmu yang kukuh. Pelbagai mazhab dan pandangan tentang sifat psikologi manusia telah dibincangkan dan dijadikan tesis mengapa manusia bermasalah? Sampai sekarang idea Freud, Rogers, Ellis, Glasser, Berne, Perls, Adler, Bandura, Pavlov, Skinner, Lazarus dan beratus-ratus tokoh lagi muncul untuk membincang psikologi manusia. Tidak terkecuali juga apa sahaja berlaku saat sini dan kini, hal ehwal psikologi tetap wujud. Tugas yang berminat dengan psikologi akan berfikir mengapa tingkah laku itu wujud dalam kalangan manusia. Isu terkini Datuk Susilawati, Pemasyuhuran Tengku Mahkota Kelantan, Chelsea menang lagi, jangkaan pertandingan Timbalan Presiden dalam PKR, tayangan wayang Senario Asam Garam dan seribu satu macam cerita ada kaitan dengan psikologi. Ini kerana kandungan psikologi adalah pemikiran, perasaan dan tingkah laku manusia.
Bila Carl Ransom Rogers berbicara
Posted by
drjazimin
on Wednesday, January 6, 2010
/
Comments: (0)
Harapan saya untuk menulis idea saya dalam blog setiap masa. Banyak perkara yang seringkali saya persepsikan. Saya ingin kongsi idea dan pengalaman hidup dengan semua orang. Rasanya dah tepu fikiran saya bila memikirkan bahawa bila lagi saya ingin muncul kembali dalam drjazimin.com. Mungkin saya tidak suka banyak bercerita tetapi tak buat apa-apa. Persepsi tersebut selalu mengganggu sehingga saya sentiasa berangan tentang pelbagai idea yang belum tentu berpijak di bumi yang nyata. Itulah hakikatnya, apa yang saya alami berbeza dengan harapan yang ada. Saya sendiri rasa tiada masa untuk melayari blog. Bila dah menulis blog banyak masa saya tumpukan pada perkara ini dengan meninggalkan tugas-tugas yang utama. Walaupun tugas utama ada yang saya tidak suka tetapi tugas itu penting dan menjadi tanggung jawab saya untuk menyelesaikannya sehingga tamat. Harapan dan persepsi saya yang idamkan berlalu begitu sahaja kerana berbeza dengan pengalaman yang wujud. Saya jadi tidak kongruen dan kadang-kadang mengeluh kenapa masa untuk diri sendiri pun tidak ada? Mungkin juga saya lupa kata Rogers tiada cara lain untuk kongruen melainkan kompromi persepsi dan pengalaman.