Antara Freud, Rogers dan Glasser

Dalam dunia kaunseling nama-nama seperti Freud, Rogers, Ellis, Glasser, Berne, Perls, Adler, Rollo May, Lazarus, Beck dan macam-macam lagi seringkali ditulis dengan pelbagai falsafah tentang psikologi kehidupan manusia. Mereka terkenal kerana idea dan falsafah mereka mendasari ilmu kaunseling dan psikoterapi yang menjadi rujukan kepada kaunselor-kaunselor di seluruh dunia. Seronok jika dapat menganalisis sejarah hidup mereka sehingga mereka bisa menggegarkan dunia tentang masalah hidup manusia. Freud dengan cerita concius, pre concius dan unconciusnya. Perbicaraan tentang lekatan oral, anal, phallic, latency dan genital sangat mengkagumkan kerana jika dinilai mempunyai kaitan yang jelas tentang tingkah laku individu semasa dewasa. Pembentukan personaliti berdasarkan kepada oedipus complex dan elektra complex menjadi sesuatu yang logik apabila melihat individu yang maladaptif. Freud menjelaskan lagi bahawa mekanisme bela diri seringkali digunakan oleh individu untuk memboleh individu itu menyembunyikan dirinya yang sebenar. Pendek kata semua tema-tema deterministik yang digunakan oleh Freud untuk menjelaskan teorinya secara mendalam. Sangat berbeza dengan Rogers yang melihat individu secara self actualizing tendency. Semua manusia boleh berkembang dan berpotensi asalkan inidividu itu dapat menerima dirinya dan orang lain dengan cara unconditional positive regard. Masalah manusia berdasarkan Rogers disebabkan organismic valuing process yang tidak seimbang, banyak sangat conditions of worth, konsep kendiri terbentuk berdasarkan persepsi terhadap pengalaman lampau, tidak kongruen dan tidak genvin dengan diri sendiri. Sebab itu istilah be your self seringkali diucapkan oleh kaunselor yang menggunakan Teori Pemusatan Insan ini untuk membolehkan agar individu itu bebas sebaik mungkin dalam membuat keputusan dalam hidupnya. Bukan mudah menjadi kaunselor yang menggunakan teori idea Rogers ini kerana inidividu itu juga harus mempunyai personaliti ke arah fully funtioning person. Berbeza juga dengan idea yang dibawa oleh Glasser. Kata Glasser, masalah individu apabila quality world (kehendak) inidividu tidak dipenuhi. Dengan dorongan basic needs (love & belonging, power, fun, freedom dan survival), seseorang individu mempunyai kehendak khusus yang boleh menggerakkan tingkah lakunya. Tingkah laku bermasalah wujud apabila individu itu memilih untuk bertingkah laku begitu hasil reaksinya terhadap dunia yang realiti (real world). Tugas kaunselor amat berat dalam memberi ruang dan membolehkan klien menilai tingkah laku manakah yang boleh membantu diri individu itu dalam mencapai identiti berjaya. Di sinilah proses WDEP harus dilakukan agar panduan CTRT ini dapat dipenuhi dengan cara berhikmah. Semoga klien itu dapat dibantu dan dapat melakukan perubahan dalam mengubah identiti dirinya ke arah yang lebih positif.

Rumusannya, antara Freud, Rogers dan Glasser mempunyai kekuatan masing-masing dalam mengaplikasikan teori mereka. Pelbagai cara digunakan untuk klien yang berharap. Masing-masing berbeza cara pendekatan dalam membantu manusia. Perkara yang sama iaitu semua teori berkenaan bermatlamatkan kesejahteraan insan. Soalnya, apakah kunci kesejahteraan? Siapakan insan? Mengapa insan? Kenapa insan diwujudkan? Kenapa insan bermasalah? Di sini saya tengah menelaah karangan Syed Naguib Al Attas. Semoga jawapannya akan terhasil jua walaupun secara logiknya saya boleh menjawabnya.